TOP

TIPS KOMPUTER

Bersihkan komputer anda daripada barang-barang yang tidak akan anda gunakan
Meskipun perisian-perisian ini tidaklah terlalu membebankan komputer anda, anda boleh membuangnya sekiranya anda pasti ianya tidak penting. Buka ‘Contol Panel’ > ‘Uninstall a program’ untuk melihat senarai perisian yang boleh anda buang.
Anda juga boleh mengelakkan sesetengah service atau aplikasi dari berjalan secara automatik apabila Windows dimulakan. Ini boleh dilakukan pada perisian yang anda gunakan sekali-sekala, namun tidak terlalu penting sehingga perlu dijalan secara automatik.
Buka System Configuration dengan menekan kekunci Win+R dan taipkan ‘msconfig’. Lihat pada bahagian Services (pastikan anda menandakan ‘Hide all Microsoft services’ terlebih dahulu) dan juga Startup. Kosongkan kotak pada aplikasi yang tidak penting.

Bagaimana hendak tahu samada perisian ini boleh dibuang?
Sekiranya anda tidak pasti samada perisian tersebut boleh dibuang atau tidak, buat carian terlebih dahulu di Google mengenainya. Jangan risau sekiranya anda ada membuat kesilapan, anda boleh muat turun kembali perisian tersebut dan pasang semula pada komputer anda.
Gunakan 1 jam sahaja untuk menjaga komputer anda, dan selebihnya untuk menggunakannya!
Aktiviti pembersihan ini boleh dilakukan dalam masa 30-60 minit tanpa perlu sebarang perisian tambahan. Ianya bertujuan untuk membebaskan komputer anda daripada perisian yang anda pasti tidak akan anda gunakan.

0 comments:

Post a Comment