TOP

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK AIR MERAH

Temasya sukan tahunan telah diadakan pada 7hb.Julai 2011, yang lalu. Pelbagai acara dijalankan, antaranya, persembahan senamrobik, acara balapan dan sukaneka. Ramai ibu bapa hadir, memberi sokongan dan memeriahkan lagi temasya sukan kali ini.
             Lintas hormat kontigen rumah sukan
                Atlit-atlit yang mengambil bahagian
        Pasukan senamrobik bersama guru penasihat 
                              Satu Malaysia



TOP

RESIPI HARI INI

Masak Lemak Cili Api Udang Galah
Bahan-bahan:
  • Udang galah segar sebarang saiz
  • santan pekat
  • kunyit hidup ditumbuk halus
  • cili padi ditumbuk halus
  • bawang putih ditumbuk halus
  • bawang merah ditumbuk halus
  • serai dititik
  • daun kunyit dihiris2 halus
  • asam keping
  • garam secukup rasa

Masukkan santan dalam kuali dan panaskan.
Masukkan juga bahan-bahan tumbuk, serai, daun kunyit, asam keping dan garam.
Bila dah mendiudih, masukkan udang galah. Dah siap.
TOP

TIPS KOMPUTER

Bersihkan komputer anda daripada barang-barang yang tidak akan anda gunakan
Meskipun perisian-perisian ini tidaklah terlalu membebankan komputer anda, anda boleh membuangnya sekiranya anda pasti ianya tidak penting. Buka ‘Contol Panel’ > ‘Uninstall a program’ untuk melihat senarai perisian yang boleh anda buang.
Anda juga boleh mengelakkan sesetengah service atau aplikasi dari berjalan secara automatik apabila Windows dimulakan. Ini boleh dilakukan pada perisian yang anda gunakan sekali-sekala, namun tidak terlalu penting sehingga perlu dijalan secara automatik.
Buka System Configuration dengan menekan kekunci Win+R dan taipkan ‘msconfig’. Lihat pada bahagian Services (pastikan anda menandakan ‘Hide all Microsoft services’ terlebih dahulu) dan juga Startup. Kosongkan kotak pada aplikasi yang tidak penting.

Bagaimana hendak tahu samada perisian ini boleh dibuang?
Sekiranya anda tidak pasti samada perisian tersebut boleh dibuang atau tidak, buat carian terlebih dahulu di Google mengenainya. Jangan risau sekiranya anda ada membuat kesilapan, anda boleh muat turun kembali perisian tersebut dan pasang semula pada komputer anda.
Gunakan 1 jam sahaja untuk menjaga komputer anda, dan selebihnya untuk menggunakannya!
Aktiviti pembersihan ini boleh dilakukan dalam masa 30-60 minit tanpa perlu sebarang perisian tambahan. Ianya bertujuan untuk membebaskan komputer anda daripada perisian yang anda pasti tidak akan anda gunakan.